NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH AGAMA FELDA LAYANG-LAYANG,
86200 SIMPANG RENGGAM, KLUANG, JOHOR.
NO. TELEFON:
013-7321540
TAHUN DITUBUHKAN:
1988
NO. PENDAFTARAN SEKOLAH:
JYA 2021
KOD SEKOLAH:
SAKJ/KLG/06038/2010
STATUS TANAH:
FELDA
STATUS BANGUNAN:
GUNASAMA
JUMLAH BILIK:
8 UNIT
NAMA GURU BESAR:
USTAZAH LATIFAH BINTI SULAIMAN
sekolah agama felda layang-layang
Rabu, 28 Julai 2010
Selasa, 27 Julai 2010
SEJARAH SEKOLAH AGAMA FELDA LAYANG-LAYANG
Ditubuhkan pada tahun 1988 di atas permintaan warga Felda Layang-layang. Bangunan pertama yang dibina adalah sebanyak 3 unit bilik darjah pada tahun 1988 dengan kos sebanyak RM 17,000.00. Dinding bangunan ini adalah berasaskan kayu. Felda merupakan penyumbang utama bagi kos pembinaan tersebut.
Pada tahun 1995, 1 unit bilik guru dan satu unit bilik darjah khusus untuk bilik TAJ telah dibina dengan kos sebanyak RM 30,000.00. Dinding bangunan ini berasaskan batu dan kos yang digunakan adalah hasil daripada sumbangan pentadbiran Felda.
Pada tahun 2000, akibat dari pertambahan murid yang ketara, pihak pentadbiran Felda telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 50,000.00 untuk membina 2 unit bilik darjah di belakang Bangunan A.
Pada tahun 2008, pihak sekolah telah menerima peruntukan baik pulih bangunan A sebanyak RM 80,000.00. Keseluruhan dinding kayu telah ditukar kepada dinding batu dan sistem pendawaian elektrik juga telah diganti. Atas inisiatif pihak sekolah terhadap peruntukan baik pulih yang tinggi, pihak sekolah telah membuat permohonan kepada pihak kontraktor supaya membina 2 buah sanggar ilmu di bahagian hadapan bangunan A dan B dan permohonan tersebut telah berjaya.
Peruntukan sebanyak RM 30,000.00 telah diluluskan oleh pentadbiran Felda untuk membina 2 unit tandas murid dan 2 unit tandas guru. Tandas ini telah dibina selari dengan bangunan B.

Langgan:
Ulasan (Atom)